Friday, 14 November 2014

ZIKIR MUDAH PEMBUKA PINTU REZEKI SETIAP HARI


La hawla Wala Quwwata Illa billah
 Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah 
(HR. At- Tabrani)


La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur 
(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)


Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)


Surat Al-IKHLAS
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya 
(HR. AtTabrani)


Surat Al-WAQIA’AH
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” 
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)


SELAWAT KEATAS NABI
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)


BERISTIGHAFAR
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” 
(HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas… yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka turunkanlah. Jika ada diBumi maka keluarkanlah. Jika jauh maka dekatkanlah. Jika Dekat maka Mudahkan lah. Jika sedikit maka Banyakanlah. Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN

AMIN AMIN YA RABBAL A"LAAMIN.......

Monday, 27 October 2014

kEnaPa Nak PerSoaLkan?

Assalamualaikum,

Apa Khabar Semua, Harap Semua Sihat dan Ceria Selalu..
Persoalan Sis Hari ni tentang kehidupan ini, kenapa kadang-kadang kita merasakan yang apa yang kita miliki tidak mencukupi? kenapa kita selalu memandang orang lain lebih dari kita?

Entahlah, nak kata tak bersyukur, Ya Allah, tipu sangat..ada juga rasa syukur atas segala yang dimiliki, cuma kadang-kadang nak berada di tempat yang lebih baik, yang sebelum ni tak penah kecapi...tak salahkan kalau nak dan impikan macam tu..

Sis selalu muhasabah diri, yelah as human being, kita selalu je tersasar kekadang, well, kita mesti nak ada cita-cita tinggi kan...sampai bila nak duduk kat takuk yang sama je....pasti tak banyak sikit nak ada perubahan yang baik dalam diri kita atau kehidupan kita..well, not everything that we assume and try will success but, at least we know and understand that may be, there is something more we should do and perbetulkan..okaylah..bahasa pun dah campur-campur...kang ada lak yang sound..

just, although sometimes we fall, and we want to give up, remind yourself that Allah would never give something that we cannot bear, He always know what best for us...just keep on try and pray for the best..Last but not least.. smile, because it's sunnah...   :D




Thank You.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..  :D

Friday, 16 May 2014

Selawat Kepada Nabi (Kelebihannya)

Assalamualaikum


1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan
dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati,mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadap kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi
keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.



21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam
mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan
keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.


30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani

Wednesday, 14 May 2014

Istigfar :D

assalamualaikum

tajuk hari ni, istigfar..banyak kebaikkan beristigfar kepada Allah ni..Firman Allah dalam Al Baqarah 199 yang bermaksud
“. Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Rasulullah s.a.w. beristighfar kepada Allah sehingga mencecah 100 kali sehari. Amalan beristighfar ini perlu dijadikan amalan zikir harian umat Islam yang mengandungi pelbagai manfaat. Allah menjanjikan kenikmatan yang berterusan kepada mereka yang gemar memohon keampunan kepada-Nya.

... dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya.  Jika kamu berpaling maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa seksa hari kiamat (Hud: 3).

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Barangsiapa memperbanyakkan istighfar maka Allah akan memberikannya kelapangan dari setiap kesusahannya, memberikan jalan keluar dari setiap kesukarannya dan memberinya rezeki tanpa disangka-sangka (Hadis riwayat Imam Abu Daud) 



Friday, 28 February 2014

Assalamualaikum. .
okay. hari ni tak ade cerita sangat la..cume nak cakap saya minat lagu lama-lama..memang kalau dengar tu, layan habis..lentok. . makna lagu yang lama pun sangat mendalam.. banyak yang boleh kita ambil iktibar.. memang bagus dan kadang-kadang sama dengan perasaan yang kita alami waktu tu. . sebab tu kita kene banyak belajar dari orang lama-lama. . sebab diorang banyak pengalaman dan diorang lebih mahir soal kehidupan berbanding kita. . haha. . okay. . . teurskan layang jiwang karat. . . .
hidup lagu-lagu lama. . .
piece
smile yo! :)

Monday, 24 February 2014

Assalamualaikum ^_^

Assalamualaikum ( jawab tau, wajib )

hari ni sis nak story sikit pasal salam, memandangkan kita sebagai umat islam perlu memberi salam tiap kali kita berjumpa dengan saudara sesama islam,dan kalau kita berkunjung atau talifon seseorang yang beragama islam tu perlu la bagi salam. tapi sis tau ramai orang sekarang selalu sebut hello je dalam phone. Apalah ! bukan susah sangat nak bagi salam kan. lagi satu orang sekarang suka sangat sebut "askum" "salam" "akum" dan macam-macam lagi la perkataan singkatan bila sms. . sis nak cakap salah pon tak boleh sebab selagi yang membaca menganggap itu sebagai salam yang lengkap dan menjawabnya, alhamdulillah la. . tapi kalau dia baca sms itu " salam, tengah buat apa?" ucapan salam itu sendiri sudah tidak ada maksud kan...
"assalamualaikum" membawa maksud salam sejahtera keatas kamu
begitu juga dengan jawapannya yang membawa maksud sejahtera keatas kamu jua

kalau nak tahu memberi salam juga mendapat pahala dan ada kebaikkan yang tersendiri. nak tahu?
okay. . sis bagi tahu. . baca sampai habis tau. . ^_^

Kelebihan Memberi Salam

 
“Manusia yang terdekat dengan Allah SWT ialah mereka yang memulakan memberi salam.” (HR. Ahmad, Abu Daud)

Nabi SAW ditanya apakah amalan yang terbaik dalam Islam. Baginda bersabda: “Memberi makan kepada yang lapar dan memberi salam kepada orang yang kamu kenali dan yang tidak kamu kenali.” (HR Bukhari dan Muslim)

Pernah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu mengucapkan kepadanya ‘Assalaamu’alaikum’. Salamnya dijawab dan dia pun duduk, lalu Rasulullah SAW bersabda: ‘Sepuluh’. Sebentar kemudian, datang pula lelaki lain kepadanya lalu mengucapkan, ‘Assalaamu’alaikum warahmatullah’. Rasulullah SAW menjawab salamnya itu sementara dia duduk, lalu Rasulullah SAW bersabda: ‘Dua puluh’. Akhirnya, datang seorang lelaki sambil mengucapkan ‘Assalaamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh’, lalu Rasullullah SAW menjawab salamnya, maka dia pun duduk. Rasulullah SAW bersabda: ‘Tiga puluh kebajikan (pahala). (HR Abu Daud dan At Tirmidzi)

Marilah kita hidupkan semula amalan Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabatnya yang mulia. Sebarkanlah salam. Seperti pesanan Rasulullah SAW: “Kamu tidak akan masuk Syurga selagi kamu tidak beriman, dan belumlah kamu beriman selagi kamu tidak menyayangi sesama sendiri. Apakah kamu ingin tahu sesuatu perkara yang dapat membuat kamu menyayangi sesama sendiri ? Sebarkanlah salam.” (HR. Muslim, Ahmad dan At Tirmidzi)
Nurain
SmileGurl
^_^

Friday, 10 January 2014

Surah Al-Ikhlas :)

Assalamualaikum,
sis nak story sikit pasal surah Al-Ikhlas ni, surah ini ringkas dan memberikan manfaat yang sangat besar buat pembacanya. 
antara fadhilatnya :
1. diampunkan dosa jika diamalkan secara konsisten
2. dikurniakan pahala
3. dibinakan mahligai di syurga
4. menjadi penawar
5. diperlihara keselamatan

macam-macam lagi fadhilatnya asalkan kita amalkan secara berterusan dan konsisten walaupun sedikit :)

Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.”
 .
Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib). Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”

Sambung Rasulullah SAW lagi : “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya; Sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad’ itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil A.S.”


Membaca Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala.
“Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus dirinya dari neraka.”
 .
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad SAW:  “Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahawa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”


Rasullullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak seratus kali, maka Allah mengampuni 50 perbuatan dosa, selama ia menjauhi empat perkara; Penumpahan darah (melukai atau membunuh), perampasan harta, Perbuatan zina dan Minuman keras.”
 .
“Sesiapa membiasakan setiap hari membaca surah Al-Ikhlas 200 kali, maka dicatat memperoleh seribu lima ratus kebaikan dan diampuni dosanya 50 tahun.”


Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
.
Sabda Rasullullah SAW:  “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ pada perkuburaan sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescahaya diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”
 
Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; “Saya sedang berjalan dengan Rasulullah SAW lalu Baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda SAW berkata,“Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulullah?” Baginda SAW menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).”
 .
Rasululllah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 11 kali, dikurniakannya satu mahligai indah di syurga.”  (HR.Ahmad dan Muadz bin Anas).
Sabda Rasullullah SAW:  “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ sebanyak 51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.”
Rasululllah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.”  (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)

Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib, katanya, Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak akan tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan sungguh-sungguh.”

semoga hari-hari kita sennantiasa dihiasi dengan amalan yang akan membawa kita selangkah mendekati Allah dan Rasul kita. . . sekian
SmileGurl :)
Smile Because It's Sunnah 

Tuesday, 7 January 2014

Fadhilat Surah Al-Waqiah

kelebihan surah Al-waqiah

Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
 
2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

5. Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”


Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:
 .
1.  Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
2.  Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
3.  Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
4.  Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
5.  Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
6.  Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
  • Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
  • Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
  • Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
  • Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
  • Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
7.  Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
8.  Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya;  Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.
 .
1.  Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).
2.  Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.
3.  Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.


Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.
Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.

SmileGurl :)
Smile because it's sunnah :)


Fadhilat Surah Al-Kautsar :)

Assalamualaikum,
salam ceria semua
hari ni saya nak kongsi kebaikkan/kelebihan/fadhilat Surah Al-Kautsar



Maksud/ Makna surah ini adalah ;
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).{1} Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).{2} Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).{3}


surah ini sangat istimewa buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. kerana surah ini menjadi penghibur hati Nabi semasa kematian Isterinya yang tercinta dan Ayah saudaranya, ada juga menyatakan kematian anaknya Ibrahim. waullahualam. .
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

antara fadhilat mengamalkan surah ini adalah :-

1. Dibaca 100 kali ketika hujan turun kemudian berdoa untuk hajat dunia dan akhirat.
2. Dibaca 7 kali pada mata air akan sentiasa bersih sumbernya.
3. Dibaca 300 kali akan menang terhadap musuh.
4. Dibaca 1,000 kali akan diluaskan rezeki, dinaikkan pangkat dan dimudahkan segala urusan.
5. Dibaca 1,000 kali ketika hendak tidur selepas Isya' mudah berjumpa Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam dalam mimpi.
6. Dibaca 7 kali sebelum tidur menjadi husun pertahanan badan.
7. Dibaca 7 kali semasa dalam keadaan ketakutan.
8. Ditulis di timah untuk menangkap ikan dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala akan mudah mendapat ikan.
9. Jika kita hendak berdebat dengan seseorang maka ditulis surah ini dan dibawa berdebat akan menang.
10. Jika dibaca pada mata akan menjadi penawar atau dibaca pada air dengan bunga mawar lalu disapu pada mata.
11. Jika dibaca berterusan dijadikan wirid harian:
a. Hati akan menjadi lembut.
b. Hati menjadi khusyuk.
c. Tetap hati dalam ta'at pada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

sekian . . semoga memberi manfaat buat kita semua
SmileGurl :)
Smile because it's sunnah :)

Monday, 6 January 2014

Amalan Sebelum Tidur

Assalamualaikum,
Selamat Malam, hihi memandangkan sekarang jam menunjukkan angka (01.21 am) saya nak bagi tahu sikit la tips saya selalu buat sebelum saya tidur. . nak tahu tak apa??
okay meh follow antara pekara yang perlu kita buat sebelum tidur. .
*basuh kaki ( supaya malam tak mengigau)
*ambil wudhuk ( ikut sunnah Nabi s.a.w)
*baca doa tidur ( bismikaullah humma ahyaa wa-amuut)
*baca surah al-ikhlas 3x dan surah 3 kul yang lain
*baca ayat kursi
*baca selawat nabi 3x (allahumma sollia'laa saiyidina muhammad, wa'alaa alihii wasohbihi wassallam)
*beristigfar 3x (astagfirullah hala'zim allaziilaailaa haillaaa, huwal hayyu qayyum wa-atuu bu-ilaih)
*berzikir, bertahmid, bertahlil kepada Allah 3x (subhanallah walhamdulillah walaailaa haillaullaah allahu akhbar)
*selawat Fatimah (subhanallah33x, Alhamdulillah33x, Allahu Akhbar33x)

nak lagi bagus baca surah yang mempunyai 30 ayat, seperti sunnah Nabi s.a.w
nak tahu surah apa ??
okay, saya bagi tahu. . lepas ni cubalah amalkan yek, saya selalu buat lepas maghrib or isyak ikot kelapangan waktu
surah Al-sajda dan surah Al-mulk

itu je,,tak la banyak mana, apa salahnya luangkan sikit masa, amalkan, semoga tenteram tidur kita dan dirahmati Allah, sebelum naik atas tempat tidur, eloklah tepukkan tempat tidur tu 3kali, ni pon sunnah Nabi juga...

selamat malam, Assalamualaikum
smilegurl :)
smile because its sunnah

Ya Allah ! Ya Rasul ! Izinkan ku Cinta dan Rindukan Mu

Assalamualaikum,
dalam hidup ni kita sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, kadang-kadang kita rasa macam tak sanggup untuk tempuhi, tapi kita lupa, sebenarnya kita cukup kuat untuk hadapi semuanya. sampai suatu saat kita sedar kita telah melepas semua halangan yang pada mulanya ibarat sesuatu beban sangat buat kita, benarlah, Allah tahu segala yang terbaik untuk kita, segala perancangannya cukup sempurna. hingga kita sendiri tidak sedar tentang perkara itu.
Subhanallah, Allahu Akhbar, Laillahaillaulah, Alhamdulillah.

Allah maha besar, hanya padaNya aku berserah, menyerahkan jiwa dan raga ini hanya kepadaNya. Hanya padaNya jualah aku semaikan rasa cinta dan rindu ini.
pada kekasihnya Muhammad s.a.w, aku semaikan rasa cinta dan rindu ini.
Allah, indah nya perasaan ini. izinkan aku untuk terus mencintaimu melebihi segalanya di atas muka bumi ini, karena hanya syurga mu yang aku harapkan, keredhaanmu dan rahmat serta syafaat mu yang aku tunggu. .
(T.T)

smileGurl
smile because its sunnah :)

Sunday, 5 January 2014

a little about ISLAM

Assalamualaikum,
hari ini saya nak cerita serba sedikit mengenai ISLAM. . .

Agama Islam adalah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dengan agama inilah Allah menutup agama-agama sebelumnya. Allah telah menyempurnakan agama ini bagi hamba-hambaNya. Dengan agama Islam ini pula Allah menyempurnakan nikmat atas mereka. Allah hanya meridhoi Islam sebagai agama yang harus mereka peluk. Oleh sebab itu tidak ada suatu agama pun yang diterima selain Islam.

Allah ta’ala berfirman,
“Muhammad itu bukanlah seorang ayah dari salah seorang lelaki diantara kalian, akan tetapi dia adalah utusan Allah dan penutup para Nabi.” (QS. Al Ahzab: 40)

"Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kalian agama kalian, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku atas kalian dan Aku pun telah ridha Islam menjadi agama bagi kalian.” (QS. Al Maa’idah: 3)

“Dan barang siapa yang mencari agama selain Islam maka tidak akan pernah diterima darinya dan di akhirat nanti dia akan termasuk orang-orang yang merugi.” (QS. Ali ‘Imran: 85)

“Allah benar-benar telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman serta beramal salih diantara kalian untuk menjadikan mereka berkuasa di atas muka bumi sebagaimana orang-orang sebelum mereka telah dijadikan berkuasa di atasnya. Dan Allah pasti akan meneguhkan bagi mereka agama mereka, sebuah agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka peluk. Dan Allah pasti akan menggantikan rasa takut yang sebelumnya menghinggapi mereka dengan rasa tenteram, mereka menyembah-Ku dan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu apapun. Dan barangsiapa yang ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (QS. An Nuur: 55)




Agama Islam adalah ajaran yang mencakup akidah/keyakinan dan syariat/hukum. Islam adalah ajaran yang sempurna, baik ditinjau dari sisi aqidah maupun syariat-syariat yang diajarkannya:
  1. Islam memerintahkan untuk menauhidkan Allah ta’ala dan melarang kesyirikan.
  2. Islam memerintahkan untuk berbuat jujur dan melarang dusta.
  3. Islam memerintahkan untuk berbuat adil dan melarang aniaya.
  4. Islam memerintahkan untuk menunaikan amanat dan melarang berkhianat.
  5. Islam memerintahkan untuk menepati janji dan melarang pelanggaran janji.
  6. Islam memerintahkan untuk berbakti kepada kedua orang tua dan melarang perbuatan durhaka kepada mereka.
  7. Islam memerintahkan untuk menjalin silaturahim (hubungan kekerabatan yang terputus) dengan sanak famili dan Islam melarang perbuatan memutuskan silaturahim.
  8. Islam memerintahkan untuk berhubungan baik dengan tetangga dan melarang bersikap buruk kepada mereka.
Secara umum dapat dikatakan bahwasanya Islam memerintahkan semua akhlak yang mulia dan melarang akhlak yang rendah dan hina. Islam memerintahkan segala macam amal salih dan melarang segala amal yang salah.

islam perlu sentiasa dipelajari, di fahami, di hayati dan di jadikan panduan dan amalan. muslim dan muslimin yang sejati akan memperatikkan islam dalam kehidupan mereka dengan hanya mengharapkan pengampunan dan keredhaan Allah, agar segala yang dikerjakan akan di kurniakan syurga yang indah dan abadi. .
sekian dari saya, semoga iman dalam diri kita dapat di teguhkan hari demi hari.
Assalamualaikum. . .
smile gurl ^_^
smile because it's sunnah

Saturday, 4 January 2014

Tabarruj ?

topik saya terbaca hari ini khas untuk kaum hawa termasuk diri saya dan ini merupakan peringatan untuk diri saya sendiri..

Tabarruj
"Menurut Abu 'Ubaidah tabarruj adalah seorang wanita yg menampakkan kecantikkanya.
Menurut al-Zujaj tabarruj adalah wanita yg menampakkan perhiasan dan semua hal yg bisa meransang syahwat laki-laki"

Antara perbuatan yg termasuk kategori tabarruj:
1) mengenakan pakaian tipis & ketat
Nabi saw bersabda:
"ada 2golongan manusia yg menjadi penghuni neraka, yakni sekelompok org yg memiliki cambuk spt seekor sapi yg digunakan utk menyakiti umat manusia, dan wanita yg membuka auratnya dan berpakaian tipis meransang berlenggok-lenggok dan berlagak. Mereka tidak akan dpt masuk syurga dan tidak mencium baunya, padahal bau syurga dpt tercium dari suatu jarak " (HR Imam Muslim )
2) mengenakan wangian di hadapan lelaki yg bukan mahram
Nabi saw bersabda:
" siapapun wanita yg memakai wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium baunya, bererti ia telah berzina " (HR Imam Nassai)
3) berhias terhadap lelaki asing yg bukan mahram
4) berdandan berlebihan
" berdandan minor baik dgn lipstik, bedak, eye shadow& lain-lain dipandang sbg tindakan tabarruj kerana tindakan ini ditujukan utk menampakkan kecantikan dirinya kpd org yg bukan mahram
5) membuka sebahagian aurat
6) menghilangkan tahi lalat& meratakan gigi
* bertujuan utk lebih cantik

Itulah sebahagian daripada sifat tabarruj yg saya pelajari. Secara ringkas apa pun perhiasan yg dipakai wanita yg bertujuan menunjukkan kecantikan kepada yg bukan mahram & boleh meransang syahwat laki-laki adalah tabarruj.
Semoga kita wanita tidak tergolong dalam sifat ini dan mendapat keberkatan tuhan.


Assalamualaikum , semoga berjumpa lagi
Smile because it's sunnah ^_^
smilegurl

Bersedekah !!

Assalamualaikum !
just want to share small things about alms,
yes, when talk about alms, most of us would think. . hey, we are not rich, we don't have money to do alms, do you know the interesting part of it ? it already happen 1400 years before. . the same question from people live in poor family which means, they just have a little money that just enough for eat everyday. well, it's up to us weather we wants to donate or alms with money or other things, remember Islam is simple. . i want to share this story that occurs in Rasullullah s.a.w year.

Dalam satu riwayat dikemukakan yang beberapa sahabat miskin datang berjumpa Rasulullah saw bagi mengadu nasib mereka. "Mereka yang kaya banyak mendapat pahala. Mereka solat seperti kami. Mereka berpuasa seperti kami. Tetapi mereka mampu bersedekah dengan kelebihan dan keunggulan harta mereka"

Mendengar kata-kata sahabat itu, Rasulullah saw berkata. "Bukankah Allah menjadikan sesuatu yang dapat disedekahkan? Sungguh, setiap tasbih adalah sedekah,setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, dan setiap tahlil adalah sedekah, menyuruh kebaikkan adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah, dan pada menjaga aib seseorang diantara kamu juga adalah sedekah."


dah baca kan, mudah kan nak sedekah. . tunggu apa lagi. . dah tak de alasan lagi dah, selamat beramal rakan-rakan. . . semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa di berkati dan di rahmati oleh Allah.. sekian dari saya. . harap terhibur. .
Assalamualaikum ^_^


SmileGurl
Smile because it's sunnah

Apa tu Ikhlas??

hai, hai,
hari ni saya nak cerita soal ikhlas
hurm. . cuba fikir ! bila kawan-kawan cakap, aku ikhlas tolong kau. .Aik ! tadi cakap ikhlas, pas dua or tiga hari. . duk sebut lagi pertolongan tu.  ikhlas ke tu??? fikir balik. . pada saya lah, ikhlas ni, memang tak leh nak describe pon, serius, Nabi s.a.w sendiri menyatakan "Ikhlas umpama seekor semut hitam diatas batu hitam ditengah malam yang gelap" bayangkan. . (pejam mata) cuba bayangkan kita kat dalam bilik, pastu tutup lampu, pastu tutup mata, pastu tutp mata tu dengan tangan. .gelap tak. . tak gelap sangat kot. . haha, kalau gelap mesti korang takut kan. . memang susah nak faham kan ikhlas tu apa. . tapi apa pon, semua mula dengan niat, kalau ,memang hati kita niat benda yang baik, Alhamdulillah, moga diterima Allah apa yang kita kerjakan tu. . tapi kalau niat yang sebaliknya, hihi, faham sendiri la yek. . well just want to let u know that, ihklas is really deep in meaning and in islam Ikhlas was being recognized at lapisan langit yang ketujuh, the last layer. it is really important, and once again, do something because of Allah, only then you will feel happy helping other people. . believe me. . i have feels it, really fun.  so, that all for today. . 
Assalamualaikum. . 
keep smile its sunnah ^_^

Kelebihan Ayat Kursi

Dαri Anαs bin Mαlik r.α. berkαtα:
❝Rαsulullαh S.A.W bersαbdα : Apαbilα
seseorαng dari umαtku membαcα
αyαt Kursi 12 kαli, kemudiαn diα
berwuduk dαn mengerjakαn solαt
subuh, nescαyα Allαh αkαn
menjαgαnyα dαri kejαhαtαn syαitαn
dαn dαrjαtnyα sαmα dengαn orαng
yαng membαcα seluruh αl-Qur'αn
sebαnyαk tigα kαli, dαn pαdα hαri
kiαmαt iα αkαn diberi mαhkotα dαri
cαhαyα yαng menyinαri semuα
penghuni duniα.❞