Tuesday, 7 January 2014

Fadhilat Surah Al-Kautsar :)

Assalamualaikum,
salam ceria semua
hari ni saya nak kongsi kebaikkan/kelebihan/fadhilat Surah Al-Kautsar



Maksud/ Makna surah ini adalah ;
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).{1} Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).{2} Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).{3}


surah ini sangat istimewa buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. kerana surah ini menjadi penghibur hati Nabi semasa kematian Isterinya yang tercinta dan Ayah saudaranya, ada juga menyatakan kematian anaknya Ibrahim. waullahualam. .
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

antara fadhilat mengamalkan surah ini adalah :-

1. Dibaca 100 kali ketika hujan turun kemudian berdoa untuk hajat dunia dan akhirat.
2. Dibaca 7 kali pada mata air akan sentiasa bersih sumbernya.
3. Dibaca 300 kali akan menang terhadap musuh.
4. Dibaca 1,000 kali akan diluaskan rezeki, dinaikkan pangkat dan dimudahkan segala urusan.
5. Dibaca 1,000 kali ketika hendak tidur selepas Isya' mudah berjumpa Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam dalam mimpi.
6. Dibaca 7 kali sebelum tidur menjadi husun pertahanan badan.
7. Dibaca 7 kali semasa dalam keadaan ketakutan.
8. Ditulis di timah untuk menangkap ikan dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala akan mudah mendapat ikan.
9. Jika kita hendak berdebat dengan seseorang maka ditulis surah ini dan dibawa berdebat akan menang.
10. Jika dibaca pada mata akan menjadi penawar atau dibaca pada air dengan bunga mawar lalu disapu pada mata.
11. Jika dibaca berterusan dijadikan wirid harian:
a. Hati akan menjadi lembut.
b. Hati menjadi khusyuk.
c. Tetap hati dalam ta'at pada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

sekian . . semoga memberi manfaat buat kita semua
SmileGurl :)
Smile because it's sunnah :)

No comments:

Post a Comment