assalamualaikum
tajuk hari ni, istigfar..banyak kebaikkan beristigfar kepada Allah ni..Firman Allah dalam Al Baqarah 199 yang bermaksud
“. Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari
(Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah
(dengan memohon ampun), Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.”
Rasulullah s.a.w. beristighfar kepada Allah sehingga
mencecah 100 kali sehari. Amalan beristighfar ini perlu dijadikan amalan zikir
harian umat Islam yang mengandungi pelbagai manfaat. Allah menjanjikan
kenikmatan yang berterusan kepada mereka yang gemar memohon keampunan
kepada-Nya.
... dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan
bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan
memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang
telah ditentukan dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai
keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika
kamu berpaling maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa seksa hari kiamat
(Hud: 3).
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Barangsiapa memperbanyakkan istighfar maka Allah akan
memberikannya kelapangan dari setiap kesusahannya, memberikan jalan keluar dari
setiap kesukarannya dan memberinya rezeki tanpa disangka-sangka (Hadis riwayat
Imam Abu Daud)
No comments:
Post a Comment