topik saya terbaca hari ini khas untuk kaum hawa termasuk diri saya dan ini merupakan peringatan untuk diri saya sendiri..
Tabarruj
"Menurut Abu 'Ubaidah tabarruj adalah seorang wanita yg menampakkan kecantikkanya.
Menurut al-Zujaj tabarruj adalah wanita yg menampakkan perhiasan dan semua hal yg bisa meransang syahwat laki-laki"
Antara perbuatan yg termasuk kategori tabarruj:
1) mengenakan pakaian tipis & ketat
Nabi saw bersabda:
"ada 2golongan manusia yg menjadi penghuni neraka, yakni sekelompok org
yg memiliki cambuk spt seekor sapi yg digunakan utk menyakiti umat
manusia, dan wanita yg membuka auratnya dan berpakaian tipis meransang
berlenggok-lenggok dan berlagak. Mereka tidak akan dpt masuk syurga dan
tidak mencium baunya, padahal bau syurga dpt tercium dari suatu jarak "
(HR Imam Muslim )
2) mengenakan wangian di hadapan lelaki yg bukan mahram
Nabi saw bersabda:
" siapapun wanita yg memakai wangian kemudian melewati suatu kaum agar
mereka mencium baunya, bererti ia telah berzina " (HR Imam Nassai)
3) berhias terhadap lelaki asing yg bukan mahram
4) berdandan berlebihan
" berdandan minor baik dgn lipstik, bedak, eye shadow& lain-lain
dipandang sbg tindakan tabarruj kerana tindakan ini ditujukan utk
menampakkan kecantikan dirinya kpd org yg bukan mahram
5) membuka sebahagian aurat
6) menghilangkan tahi lalat& meratakan gigi
* bertujuan utk lebih cantik
Itulah sebahagian daripada sifat tabarruj yg saya pelajari. Secara
ringkas apa pun perhiasan yg dipakai wanita yg bertujuan menunjukkan
kecantikan kepada yg bukan mahram & boleh meransang syahwat
laki-laki adalah tabarruj.
Semoga kita wanita tidak tergolong dalam sifat ini dan mendapat keberkatan tuhan.
Assalamualaikum , semoga berjumpa lagi
Smile because it's sunnah ^_^
smilegurl
No comments:
Post a Comment