HAI..SAYA TENGAH BELAJAR NAK TULIS NOVEL..
DAN NI, BAB 1 BAGI CERITA SAYA...
ANY COMMENT ABOUT IT....
ANY COMMENT ABOUT IT....
Bab
1
Suasana yang indah di taman bunga.
Pasti tidak akan mengecewakan sesiapa saja yang datang untuk bersiar-siar di
taman itu. Seperti biasa Fatihah tidak pernah lupa untuk singgah di taman bunga
yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahannya. Taman itu telah dibina oleh
penduduk di taman perumahannya memandangkan kawasan itu sangat subur dan sesuai
untuk tumbuhan tumbuh dengan subur dan mekar pabila sampai waktunya. Khabarnya
hasil dana yang dikumpul oleh penduduk untuk membina taman itu telah di gunakan
dengan sebaik mungkin oleh ketua penduduk sehingga terhasil Taman Bunga Damai.
Nama taman itu di ambil sempena nama taman di kawasan perumahan itu dan sesiapa
yang melihat keindahan taman itu juga akan merasa damai. Taman itu diawasi oleh
penduduk yang tinggal berhampiran dan setiap sebulan pasti akan diadakan
gotong-royong untuk memperindahkan lagi taman bunga itu.
Sejak taman bunga itu dibuka Fatihah
atau nama penuhnya Fatihah Syafawani binti Muhamad sentiasa mencari peluang
untuk ke taman itu. Fatihah merasa lebih tenang menghirup udara segar dari
kawasan taman itu. Tamat sahaja waktu persekolahan basikalnya pasti akan di
pandu terus ke taman bunga itu. Setelah beberapa ketika barulah dia bergerak
pulang ke rumah. Fatihah juga gemar menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
gurunya di kawasan taman itu. Fatihah mendapat banyak idea dan dapat berfikir
dengan matang kerana keindahan tuhan yang dia sangat-sangat kagumi.
Tanpa
Fatihah sedari perbuatannya sentiasa di perhatikan oleh seseorang dari jauh.
‘ hoi, kau buat apa tu Khairul ?’
‘kau ni Mirol buat terkejut aku je… mana ada
aku buat apa-apa’
‘ Eleh, kau ingat aku tak tahu la…sejak
kebelakangan ni, kau selalu datang taman ni kan, sebelum ni aku ajak lepak sini
pun kau tak nak…ni mesti ada apa-apa kan…’
‘ Eh, mana ada..Cuma baru sekarang aku
sedar yang taman ni cantik sangat..’
‘ Hmm, ye lah tu…kau perasan tak
Khairul…’
Khairul lega kerana Mirol tak
mengsyaki apa-apa kerana dia memang kerap datang ke taman itu sejak bertemu
dengan Fatihah sebulan sebelum itu.
Khairul
sedang dalam perjalanan ke perpustakaan untuk memulangkan buku yang di
pinjamnya minggu lepas. Ketika itulah dia bertemu dengan Fatihah yang merupakan
seorang perpustakawan sekolah. “ ye, boleh saya bantu.” Ujar Fatihah
menghentikan lamunan Khairul ketika itu dan tidak semena-mena dia terus menjadi
gelabah. Lama dia menatap wajah Fatihah. Fatihah berasa tidak senang dan terus
menepuk bahu Khairul yang pada ketika itu telah menghalang jalan untuk pelajar
lain keluar perpustakaan. Khairul tersentak dari lamunan yang ke dua. Namun
hatinya terasa berdebar dan bahagia. Dia meminta maaf pada Fatihah kerana
menghalang laluan, dan mereka mula bertukar nama. Sejak dari hari itu, Khairul
nekad untuk mengenali Fatihah dengan lebih lanjut, namun Fatihah merupakan
budak kelas aliran sains dan dia pula aliran sastera. Fatihah sering mendapat
tempat di mata guru dan dia hanya budak berada yang sering dikelilingi rakan
perempuan yang meminatinya. Kerana itu dia suka memerhatikan Fatihah dan
bertekad mahu bersama dengan Fatihah sepanjang hidupnya. Padanya walaupun dia
masih muda dia sedar akan keputusan yang dia buat itu.
‘ Hoi, berangan lagi la tu..orang tanya
dia termenung pulak…’
‘ Hah! Aku termenung ke..? kau tanya
apa..?’
‘ Hai, Khairul..Khairul…aku tanya, kau
perasan tak..’
‘ Perasan apa Mirol..?’
‘ Fatihah, hari-hari datang kat taman
ni..’
‘ Hah! Yeke..kalau pun dia datang
taman ni kenapa, biarlah…taman ni kan memang untuk kunjungan orang ramai..’
‘ okay la Khairul..kau teruskanlah
berangan ye..aku nak balik siapkan homework dulu..esok nak hantar da…’
Mirol
terus meninggalkan Khairul yang masih memerhatikan Fatihah dari jauh. Khairul
tahu. Fatihah gadis yang terbaik dalam hidupnya. Setelah melihat Fatihah
meninggalkan kawasan taman bunga itu, Khairul masuk dalam kereta Honda miliknya
dan memandu terus ke rumahnya yang terletak di Taman Mutiara Rini. Perjalanan
memakan masa hampir 30 minit untuk sampai di rumahnya. Namun semua itu suatu kepusan
kerana dapat menatap wajah insan yang dia kasihi dan sayangi.
‘ Fatihah, kamu tolong mak di dapur
ye… masak apa yang patut.. mak nak keluar sekejap…adik dah nak balik da ni..’
‘ Okay mak… nanti Tihah buat… mak tu,
jalan hati-hati… apa-apa nanti bagi tahu..’
‘ Okay..’
Fatihah menyalam tangan emaknya dan
tersenyum memandang emaknya itu. Setelah beberapa ketika emaknya pergi
meninggalkan rumah. Dia tangkas membuka peti sejuk dan mengeluarkan sayur
taugeh, daun bawang, dan ikan caru. Dari almari dia mengeluarkan pula bawang
putih, bawang merah, serbuk kunyit dan garam dan ajinomoto. Dia kemudiannya
menyiang ikan caru dan membasuhnya sehingga bersih kemudia dia sadurkan garam
dan kunyit sehingga rata di ikan itu. Setelah siap dia meletakkan di tepi dapur.
Fatihah kemudian membasuh taugeh dan mengopek bawang dan menghiris halus. Dia
memasak nasi. Kemudian dia memanaskan minyak untuk menggoreng ikan. Setelah
ikan siap di goreng dia menggoreng sayur pula. Apabila siap dia terus
menghidangkan makanan itu di atas meja makan.
‘ Assalamualaikum…’ adik Fatihah,
Aiman memberi salam.
‘ Wa’alaikumsalam masuklah adik.’
Fatihah menyambut Aiman di muka pintu.
Aiman tersenyum riang sambil
hindungnya tercium-cium.
‘ Wah, sedap bau..akak masak ye..?’
‘ Ye, Aiman pergi mandi dulu lepastu
panggil Imah dan Aliff makan sekali.. sekejap lagi mak balik la agaknya..abah
pun da nak sampai da ni. Nanti kita makan sama-sama ye.’
‘ Okay akak’ Aiman terus berlalu kebilik
dan mengambil tualanya kemudian terus ke bilik mandi.
Fatihah tersenyum melihat teletah
adiknya.
Fatihah dan keluarganya makan malam
dengan gembira bergurau senda.
Apa agaknya yang Fatihah
sedang buat sekarang. Khairul sentiasa memikirkan Fatihah walaupun pada
hakikatnya dia tidak mahu memikirkannya. Hatinya terasa rindu untuk terus
menatap wajah Fatihah yang comel itu. Fatihah Cuma gadis biasa yang mempunyai
ketinggian 5 kaki setengah, tidak terlalu cerah dan mempunyai sikap yang
bersahaja malah sentiasa murah dengan senyuman. Khairul sedar kerana senyuman
manis itulah dia kini dilamun cinta. Dia harus meluahkan perasaan pada Fatihah.
Hatinya berkata lagi.
‘ Anak ibu buat apa tu?’ Khairul
tersentak dari lamunannya dan menoleh kearah datangnya suara itu. Dia tersenyum
kepada ibunya.
‘ Anak ibu sekarang ni, banyak
termenung. Kenapa, Khairul ada masalah ke?’
‘ Eh, takde apa la ibu. Jangan la
fikir yang bukan-bukan. Khairul okay je.’
‘ Betul ni. Jangan tipu ibu tau.’
‘ Iye, Khairul tak tipu ibu. Hmm, ibu
masak apa malam ni? Khairul lapar la.’
‘ Hah, tahu pun lapar. Ingatkan da
kenyang dengan termenung.’
‘ Ibu ni, tu pun nak ambil hati. Jom
kita makan sama ibu.’
‘ Iye, jom. Ayah pun da lama tunggu.’
Khairul makan malam sambil kepalanya
sentiasa ligat memikirkan cara untuk semakin rapat dengan gadis yang bertahta
dihatinya iaitu Fatihah.
“kringgg……”
loceng sekolah berbunyi menandakan waktu untuk pulang dan sesi persekolahan
tamat. Murid-murid mula bersorak kegembiraan kerana esok merupakan cuti
pertengahan tahun. Mereka akan bercuti selama 2 minggu. Satu tempoh yang agak
lama juga. Fatihah turut gembira kerana dia telah merancang pelbagai aktiviti
sepanjang cuti nanti.
‘ Fatihah, nanti kita pergi library
sama-sama ye..nak siapkan tugasan cuti yang cikgu bagi ni..bila kita nak pergi
ye..?’
‘ Iye, nanti aku telefon kau ea..kalau
tak ada apa-apa lusa kita pergi la…okay..’
‘okay, jumpe nanti ea..’
Okay, and have a wonderful holiday.’
Mereka tersenyum sesama sendiri sambil
melambaikan tangan masing-masing. Fatihah segera mengemaskan buku-bukunya
kerana kelasnya sudah sunyi kerana semua murid sudah dalam perjalanan pulang.
Khairul
sengaja lalu di hadapan kelas Fatihah dan berharap untuk berjumpa dengan
Fatihah. Dia juga risau, kerana jika Fatihah sudah pulang, pasti sukar untuk
melihat wajah insane yang telah mencuri hatinya itu walaupun dia tahu di mana
mahu mencari Fatihah. Apabila Khairul ternampak kelibat seseorang perempuan di
dalam kelas 5 SN, hatinya berdebar. Dalam hatinya berdoa supaya perempuan itu
adalah Fatihah. Khairul terus melajukan langkahnya dan tidak sampai 5 saat dia
sudah berada di hadapan kelas Fatihah.
Alangkah
bahagianya Khairul bila melihat Fatihah baru sahaja siap mengemas beg
sekolahnya. Sambil tersenyum dia melambai tangan pada Fatihah dan menyapanya.
‘ Hai. Awak Fatihah kan..’
‘ Iye saya. Ermm… kalau tak silap
saya, awak Khairul kan.. dari kelas 5 SI 2.. yang datang pulang buku kat
perpustakaan tu.’
‘ Ermmm…ye.. saya lah tu.. tak sangka
awak ingat kat saya..’ bahagianya Khairul rasa.pertama kali dapat bercakap
berdua dengan gadis pujaan hatinya,
‘ Mestilah, saya memang ingat
orang-orang yang rajin pinjam buku kat library tu. Kenapa awak tak balik lagi.’
‘ Hmm, ni nak balik la ni… jalan-jalan
round sekolah dulu… awak tu, kenapa tak balik lagi.’
‘ tadi saya sibuk sangat ulang-alik ke
bilik guru.. jom kita jalan sama-sama.. rasanya dah tak ada sapa-sapa pun kat
sini.’
‘ Jom…’ dengan senang hati Khairul
menjawab.
Fatihah tersenyum dan terus melangkah.
Khairul segera mengekori dan berjalan di sebelah Fatihah.
Sepanjang
perjalanan macam-macam yang Khairul dan Fatihah bualkan. Hal yang berkaitan
dengan pelajaran mereka di sekolah hingga lah hal-hal yang di lakukan ahli
keluarga mereka. Perjalanan yang agak jauh itu tidak terasa jauhnya. Setibanya
di satu simpang Fatihah berhenti. Khairul hairan, kerana dia berharap dapat
hantar Fatihah hingga ke rumahnya. Segera dia bertanya.
‘ Kenapa ni.’
‘ Tak ada apa.. awak hantar saya
sampai sini sahaja ye.’
‘ Tapi kenapa.. awak tak suka ke saya
hantar sampai rumah, atau simpang rumah awak.. ni jauh lagi nak sampai rumah
awak kan..’
‘ Tak pe.. saya jalan sendiri.. awak
jangan la risau.. lagi pun, awak da jauh menyimpang dari rumah awak… kesian
awak’
‘ Laaa… awak fikir pasal saya ke..
jangan risau saya dah bagi tahu ayah saya yang saya hantar awak balik rumah.’
‘ Yeke…bila awak bagi tahu..’
‘ Tadi, pakai telephone bimbit ni…’
‘ Owh.. tak pe..saya balik sendiri,
dan terima kasih sangat-sangat sebab sudi hantae saya sampai sini, nanti kita
jumpa lagi ye..’
‘ Awak, saya nak no telephone awak
boleh tak Fatihah..’
Fatihah tersenyum, dan mereka saling
bertukar nombor. Setelah beberapa ketika Fatihah meminta diri untuk pulang ke
rumahnya. Khairul senyum dan menganguk sambil melihat Fatihah berjalan. Setelah
kelibat Fatihah tidak lagi kelihatan Khairul menghubungi pemandunya dan dalam
10 minit pemmandunya sampai. Khairul menaiki kereta ke rumahnya.
Khairul
berasa sangat bahagia. Akhirnya dia berjaya membuat satu ikatan persahabatan
dengan gadis impiannya.