Tentang dirimu. .
masih lagi terkenang tanggal 22 ogos 2010, seseorang yang sangat-sangat saya sayangi pergi meninggalkan kami sekeluarga. Dia adalah ketua keluarga iaitu abah yang tercinta SAJI BIN MUHAMAD. Pemergian mu tidak terduga, begitu cepat. . . kenapa aku tidak perasan akan semua yang berlaku itu. . .

“abah accident sebulan sebelum abah meninggal. .
waktu abah accident, abah tak bg tahu pun kat emak, waktu tu bulan puasa. Abah
selalu akan sampai rumah sebelum pukul tujuh. . Tapi hari tu, da dekat pukul 8
abah tak sampai lagi. .Emak yang sedang risau, terus telefon abah. . .Lega
rasanye bila abah angkat penggilan tu. . . abah beritahu pada mak, abah
sekarang kat klinik kat Mount Aus Tin. .Emak bimbang sangat waktu tu. . .Emak
baru tahu yang abah rupanya accident, jatuh dari ketinggian 1 kaki. . .dan yang
paling menyayat hati, dari tengah hari lagi abah dah jatuh. . tak sangka. .abah
tak bagi tahu pun. . abah cakap tak nak mak risau(tak sangka, sempat abah fikir
macam tu kan). . malam tu abah di bawa ke Hospital Sultanah Aminah. . .tapi
tempat tu penuh dan tiada doktor yang boleh uruskan abah. . abah di bawa ke
Hopital Kulai untuk di bedah sebab tempurung lutut abah da pecah. . . .then abah pun di operate. . . selepas
beberapa hari, abah di bawa ke HSA. . dan di tahan untuk beberapa hari sehingga
di sahkan pulih oleh doktor. .masa abah kt hospital, aku dan adik-adik datang
melawat. . muka abah bengkak sangat waktu tu, bibir abah pun luka, pipi abah
lebam. . .kesian tengok abah macam tu. . .tapi lepas 2 or 3 hari, lebam pun
kurang. . pipi abah kembali normal. .lutut abah belum baik sepenuhnya. . abah
kena selalu datang untuk terapi. . dekat rumah abah pakai tongkat, nak bergerak
kemana-mana pun susah. . mula-mula abah buang air pun pakai bekas. . . lepas
seminggu gitu abah da nampak makin baik. . leganya hati rasa. . .tiap-tiap
malam abah urut kaki abah, abah cakap kat aku kawan abah kan patah kaki, urut
macam ni sambil selawat lama-lama boleh baik macam tak pernah patah kaki pun. .masa
tu rasa macam peluang untuk abah sembuh memang besar. . abah pun da boleh jalan
pakai tongkat lepas beberapa hari pergi urut. .semangat abah untuk sembuh
menyebabkan kami memanggil saudara kami yang pandai berubat urut, abah di urut
pada malam tu. . namun malang tak berbau, takdir tuhan siapa yang tahu. . .abah
tidak sedarkan diri pada esok hari dan abah seperti orang nyanyuk. . sering
lupa apa yang baru sebentar dia perkata kan. . .pagi itu aku pergi ke sekolah
seperti biasa.aku belajar seperti biasa. . tidak pernah terlintas kat otak aku
yang keadaan abah akan lebih parah. . setibanya di rumah, emak sudah bersiap
untuk ke hospital, katanya abah teruk dan dah tak sedarkan diri. . doktor juga
ada bagi tahu yang abah kena kencing manis dan tahap gula abah da terlalu
tinggi. .malam tu aku datang melawat abah, nasib baik ada jiran yang baik hati
sudi tumpangkan. . tiba di hospital aku lihat emak sedang menunggu di depan
pintu, sekarang abah dimasukkan ke wad ICU, semakin berdebar-debar jantungku. .
segala kemungkinan yang tidak sanggup aku bayangkan bakal terjadi. . aku minta
semua kemungkinan itu jauh(simpang malaikat 44). . hanya dua orang sahaja yang
dibenarkan masuk di wad itu, aku masuk bersama adikku. . berderai tangisku, aku menahan air mata dari terus
mengalir. . dalam hatiku, sentiasa mendoakan keselamatan abahku. . aku masih
belum sempat berbakti buat abah ku. .
Hari makin larut malam, esok nak puasa, emak
menyuruh aku pulang dahulu. Lagipun atukku tinggal seorang dirumah. .pasti
bimbang orang tua itu.sebagai kakak yang bertanggungjawab emak mengarahkan aku
untuk menyediakan lauk untuk bersahur esok. . emak akan tinggal di hospital
untuk melihat keadaan abah. .aku dan adikku bersalaman sebelum beransur
meninggalkan emak. . aku dan adikku menumpang kereta jiran kami untuk pulang ke
rumah. . sampai di rumah kami masuk dan
terus mengunci pagar dan pintu rumah. .bimbang hari makin larut malam. .
keesokan pagi, jam menunjukkan pukul 4.30. . aku mengagahkan diri untuk bangun, walaupun mata terasa mengantuk kerana lewat tidur. . tidak dilayan kehendak mata, aku terus bangun dan turun ke dapur. . muka di basuh dengan air supaya lebih segar. . seketika kemudia aku mengeluarkan barang dari dalam peti sejuk untuk memasak. . hanya masakan ringkas, cukuplah untuk bersahur. .
aku tidak ke sekolah hari ini, nasihat emak. . duduk di rumah sahaja, kalau ada apa-apa terjadi mudah untuk dihubungi. . jangkaan emak benar, apa yang paling aku gerun. . dan tak sanggup untuk dengar kini benar-benar terjadi. . doktor memberitahu keadaan abah semakin teruk. . hemodialisis telah di lakukan tetapi tahap gula dalam badan abah masih tinggi, lagi teruk apabila doktor menyatakan yang buah pinggang abah juga dah rosak. . sekarang abah Cuma bernafas dengan bantuan mesin. . emak tak sampai hati dengan keadaan abah macam tu. . emak mahu membawa abah pulang ke rumah, tetapi doktor yang merawat abah tidak mahu melepaskan abah. . katanya abah masih muda, dia harus cuba untuk selamatkan abah. . abah memang muda baru nak melangkah ke usia 48 tahun. Abah terus dirawat di ICU, kesian tengok abah. , setiap sejam doktor akan ambil darah abah untuk melihat sebarang perkembangan. . tapi abah still macam tu, tak bergerak pun. . bernafas pun dengan bantuan mesin. . pilunya. . tak sanggup nak tatap wajah abah. . yelah, aku yang paling rapat dengan abah. . kalau ada apa-apa mesti abah sedia membantu, Cuma lambat atau cepat je. .

Mak pulang ke rumah sekejap. . petang itu kami
semua bertolak ke hospital kerana doktor sudah berkali- kali menelefon dan
menyuruh memberitahu sedara-mara yang ada. . dengan khabar yang macam tu, aku
pun dah putus harapan. . tetapi aku masih mengharapkan keajaiban muncul, supaya
abah kembali sedar seperti sediakala. . tiba waktu melawat, aku dan adik
bersama abang melihat keadaan abah, masih macam tu. . emak suruh membaca surah
yasin kerana masa untuk abah dah tak panjang. . tanpa berlengah yasin
dikeluarkan dan bacaan suci itu di alunkan. . .doktor masih memeriksa keadaan
abah ketika itu. . sambil baca yasin aku tetap perhatikan keadaan abah. .
sampai ke ayat yassin yang terakhir doktor yang berada di sisi ayah ketika itu memerhati mesin yang menunjukkan denyutan nadi . . apabila tamat sahaja kami 4 beradik membaca yassin, doktor tadi seperti mengangguk. . tapi aku faham apa yang di sampaikan, walaupun dia belum berkata apa. . aku nampak air mata abah mengalir saat ayat yassin itu sampai ke penghujung dan aku sedar yang abah dah pergi. . pergi untuk berjumpa dengan yang maha pencipta. .

Semoga abah ditempatkan dengan orang-orang yang
beriman. . aku sentiasa mengenangkan abah. . impian untuk membalas semua
jasanya tidak sempat aku berikan,. Tapi aku tahu. . aku dapat rasa abah
sentiasa di sisiku dan keluarga ku. . Cuma aku tak nampak, aku tahu abah
sentiasa menjaga diriku seperti dulu walaupun aku tak dapat melihatnya kerana
aku tetap tanggungjawab abah. Melainkan jika aku berkahwin nanti.. tapi satu
yang pasti aku sayang sangat kat abah. .
Selamat
Hari Bapa
Hormatilah mereka selagi mereka masih bernafas,
kerana jika kehilangan mereka suatu hari nanti kita tidak akan menyesal tetapi
bangga kerana dapat berbakti kepada mereka. . ^^,