Friday, 18 November 2011

soal hati !!

Hati adalah satu organ manusia yang sukar untuk difahami. Hati seolah-olah mengawal fikiran kita. Pernahkah kita terfikir mengenainya. Namun dalam apa jua situasi hati banyak membantu kita untuk bertindak dengan waras, tenang, dan tidak terburu-buru jika kita sentiasa memastikan hati kita bekerja seiring dengan akal kita.
Ingatlah, jangan sesekali lemah apabila nafsu mengawal kita kerana otak lebih berkuasa dari hati dan nafsu, namun jika hati kita simpati terhadap yang tidak bernasib baik, bermakna hati kita berfungsi dengan baik.
Hati juga yang mengajar erti kasih, erti sayang, dan erti sebuah perhubungan.
sayangi diri anda dan serikan hati dan jiwa anda dengan alunan surah agar ia sentiasa membimbing anda ke jalan yang benar.

sekian, assalamualaikum...

Thursday, 3 November 2011

seuntai kata untuk direnung

Ibu pergi ke pasar membeli ikan,
Untuk dimasak masakan berempah,
Dalam dunia penuh dengan dugaan dan cubaan,
Hanya hati yang tabah dapat menempuh.

Senang beruah jiwa muda,
Pantang dicabar meletus dalamannya,
Dalam keras seorang pemuda,
Dalam hati ada taman bunga.